dah lama sangat xbukak blogger ni. rasa rindu.. almaklumlahh.. manusia ni, kalau dia bahagia, dia akan lupa pada perkara yang pernah membahagiakan dia dulu. ni fakta yang ada dalam diri nadia. so, sape2 yang xkenal, tolong la memahami. saya bukan seorang yang sempurna. nadia hanya manusia biasa yang dibelenggu dengan dosa. insyAllah suatu masa nanti, nadia berdoa berharap, nadia akan kembali ke pangkal jalan. jalan nak kehidupan nadia waktu dulu2. serius sangat2. nadia dulu sangat berbeza.. manusia mudah sangat nak berubah. ombak dipantai pun berubah2 apatah lagi manusia. dua2 pun ciptaan Allah.
Apa yang nadia nak luahkan kat sini, sejujurnya.... nadia sangat-sangat tak bahagia disamping rakan2 baik. nadia bahagia disamping keluarga nadia je. nadia sangat2 merindukan kebahagiaan masa arwah salma ade dulu. nadia betul2 rasa kosong sekarang. fokus study nadia kurang, fokus nadia nak terlalu rapat dengan geng PRS kat PSA kurang. nadia xtahu kenapa jadi mcm ni. nadia cuba bawak semangat arwah untuk dijadikan kekuatan, tapi.... nadia xtahu mane pergi kekuatan tu. andai dapat nadia jumpa salma, nadia nak cerita semua masalah nadia pada die. salma tahu apa yang nadia terbeban. salma tahu kann nadia sangat2 stress sebab apa. dulu nadia lalui bende ni dengan salma. tapi.... sekarang nadia perlu lalui sorang. nadia xlarat dah dengan perangai CB. nadia penat nak layan. nadia bosan. sebab kami tak sekepala. salma.... nadia xkuat. nadia nak lari dari perkara ni.. tapi nadia xtau mcmane nak pegi. salma... kalau boleh, bawak nadia pegi sekali. nadia nak ikut salma, nak ikut abah, nak ikut atok, nak ikut nenek... tapi, amalan nadia xkukuh. nanti andai kata nadia dah sedia, tolong bawa nadia kesana ya ALLAH.
dulu nadia cakap kat salma, xpayah la kite pk soal cinta, sebab benda ni terlalu sakit... tapi, nadia tewas skarang.. nadia terlalu ikutkan perasaan yang inginkan kasih sayang.
setelah berfikir dengan rasionalnyaaa.. nadia fikir dan terus berfikir. keputusan telah pun nadia buat.. nadia ambil keputusan untuk tidak mengada2 nak bercinta. biarkan perasaan ni berkampung dalam hati. dan Jangan nak layan sangan permainan perasaan tu. nadia akan pertahankan diri nadia untuk terus single. hoyeahhh! nadia akan biarkan
so, from now and on... nadia kene kuat! perhatankan harga diri. pertahankan nilai cinta dalam diri tu. kita umat Nabi Muhammad, perlu redha dan sabar. Allah menjanjikan sesuatu yang terbaik jika kita pun melakukan yang terbaik untukNya. so, pegang pada 1 kekuatan iaitu JANJI ALLAH PASTI. nadia pelu doa, doa dan DOA. ni yang penting. insyALLAH kalau orang yang nadia nak tu jodoh nadia. pasti Allah akan satukan hati kami. Allah pasti akan permudahkan urusan kami dalam berhubungan demi mndapatkan keredhaanNya. permudahkan dahulu urusan kami untuk bertemu. insyALLAH.
alhamdulillah... apa yang terbeban dalam hati ni, dah rasa kurang sikit sebab dapat lepaskan kat sini. thnx to uda sbb bg broadband ni. kalau x, aku masih sesak dan buntu. :) okay dah ngantuk. bye2 Assalamualaikum... jazakallah khair . :)